Cars/Activities

Axia Baharu 2017 SHAH ALAM - Sebuah majlis pelancaran yang dinamakan MYPerodua Nation telah diadakan di pusat membeli belah AEON MALL seksyen 13 Shah Alam sempena keluaran pacuan empat roda berjenama Perodua sedia ada iaitu Axia yang mempamerkan wajah baharu untuk peminat-peminat kereta kecil mampu milik itu dan ia berlansung di tapak letak kereta pusat membeli belah itu sendiri. Perodua Axia sudah terkenal dengan harganya yang amat berpatutan dengan elemen elemen yang mementingkan keselesaan dan gaya pemanduan yang mantap sekali gus membuatkan Perodua Axia itu menjadi pilihan ramai pengguna-pengguna kereta di Malaysia sejak pertama kali diperkenalkan iaitu pada tahun 2014 dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sejak hamper 3 tahun berada di pasaran. Keluarannya Perodua Axia baharu itu bukan sahaja datang dengan wajah yang berlainan dari keluarannya yang sedia ada, malah spesifikasi dalaman dan enjin juga ada yang ubah suai mengikut peredaran teknologi kini supaya ianya juga mendapat sambutan hangat seperti keluarannya yang lepas dan dijadikan sebagai kereta ikonik dengan membekalkan kelengkapan pemanduan yang selesa serta mementingkan ciri-ciri keselamatan pengguna kata syarikat kereta itu sendiri iaitu Perodua. Perodua Axia 2017 ini bukan sahaja mementingkan wajahnya malah ia juga menitik beratkan pada prestasi kereta itu sendiri dengan mengaplikasikan enjin VVT-i daripada 1KR-VE 1.0 yang sebelumnya. Penambahan VVT-i atau nama penuhnya Variable Valve Timing yang sebelum ini hanya digunakan pada Perodua Bezza sudah pun diguna pakai oleh Perodua Axia ini. Kriteria yang diterapkan pada Perodua Axia baharu ini amat menarik bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta minat bagi kategori kereta kompak yang serba lengkap dari segi luaran wajahnya dan juga prestasi kereta ini sendiri. Perodua mencatatkan kenaikkan jualannya naik mendadak selepas mengeluarkan Perodua Axia ini. Ia menjadi platform yang baik bagi Perodua untuk terus menghasilkan model kereta yang menarik dan berprestasi tinggi.

Comments