Malam Nisfu Sya'ban

By : Muhammad Ariff




Pada tanggal 11 Mei 2017 bersamaan 14 Sya'ban 1438 H adalah tarikh bagi malam yang dinanti nantikan oleh seluruh umat islam dimana pada malam nisfu sya'ban ini Allah mendatangi seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'ban. Dia pun mengampuni seluruh makhluk kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.

Jadi, pada malam yang mulia ini, ramai diantara kita khususnya orang islam akan beribadat kepada Allah dan memohon agar segala dosa dosanya dihapuskan dan berdoa agar dapat menjadi seorang insan yang lebih berguna serta kehidupan lebih diberkati Allah dan jauh dari melakukan perkara perkara yang dilarang oleh-Nya kerana pada malam yang barakah inilah Allah akan menggantikan buku amalan kita dengan yang baharu.

Perbanyakkan beramal soleh supaya menjadi bekalan di hari akhirat kelak.

Comments