12. 22 FEBRUARY 2017- Bola Sepak- Piala AFC: JDT
bangkit dari lena, Felda tunduk.
KUALA LUMPUR -
Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan langkah kanan apabila meraih tiga mata
selepas menang 3-0 ke atas pendatang baharu dari Kemboja, Beoungket Angkor
dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Tewas dalam aksi terakhir Liga Super Sabtu lalu,
juara edisi 2015 itu bagaimanapun enggan dibuai episod sedih, dengan hanya
mengambil tempoh 10 minit pertama untuk menyumbat dua gol masing-masing
menerusi Gabriel Guerra (minit kedua) dan Nazmi Faiz Mansor (minit ke-10).
Pada ketika saingan berbaki dua minit sebelum masa
penuh tamat, kapten Safiq Rahim sempat menanduk masuk hantaran daripada Gonzalo
Cabrera, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya JDT ke atas juara Kemboja
itu.“Memang kami inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan. JDT bermain
dengan sangat baik, memiliki idea dan gaya tersendiri.
“Menang dalam aksi pembukaan ini sangat penting agar
ia dapat menyuntik semangat kami untuk kekal bersaing dalam pertandingan ini.
Harap kami dapat merangkul trofi Piala AFC seperti tahun 2015,” kata pengendali
JDT, Benjamin Mora kepada Fox Sports sejurus tamat perlawanan.
JDT kini menghuni tangga teratas kumpulan dengan
berkongsi tiga mata bersama Global FC, selepas kelab Filipina itu menumbangkan
Magwe dari Myanmar 1-0 di Stadium Memorial Bola Sepak Rizal, Manila.
Bagaimanapun, skrip kemenangan tidak berpihak kepada
Felda United, yang ‘segar’ daripada sentuhan jurulatih baharu B. Sathianathan
apabila tewas kepada tuan rumah Tampines Rovers 1-2 dalam perlawanan pembukaan
Kumpulan G di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Terdahulu, babak pertama menyaksikan masing-masing
buntu tanpa jaringan sehinggalah Son Yong
Chan membuka jaringan buat kelab Singapura
itu pada minit ke-64.
The Fighters cuba bangkit menyamakan kedudukan,
namun Tampines sekali lagi menambah gol menerusi penyerang terbaik Singapura,
Khairul Amri pada minit ke-82.
Bagaimanapun, ketika tiga minit berbaki sebelum masa
penuh tamat, Fazrul Hazli Kadri merembat gol sagu hati buat Felda United, yang
menyaksikan hasrat mereka untuk mengubati kekecewaan dibenam 3-1 oleh Selangor
di Selayang, Jumaat lalu tidak kesampaian.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment