5. 18 FEBRUARI 2017- Bola Sepak- “Bas pasukan JDT
disimbah cat “
IPOH: Belum pun beraksi di padang, peminat bola
sepak telah dikejutkan dengan cerita bas pasukan JDT yang disimbah dengan cat
di Ipoh. Malah, kejadian tersebut berlaku di kawasan Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) di Sungai Senam pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum
Chang Keong berkata pihaknya mendapat laporan tersebut melalui rondaan pihak
polis yang melalui lokasi kejadian.
"Semasa membuat rondaan di kawasan FRU 5, pihak
polis telah terdengar bunyi di parkir tempat letak bas milik pasukan bola sepak
JDT.
"Pihak polis kemudian bergegas ke kawasan
berkenaan dan mendapati kelibat dua orang lelaki di luar pagar kawasan tersebut
dan sejurus selepas itu telah melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,"
katanya ketika dihubungi pemberita. Katanya, pemeriksaan awal mendapati
kedua-dua bas milik pasukan bola sepak Harimau Selatan itu dibaling dengan cat
di bahagian belakang.
Jelasnya, pihaknya akan melaksanakan siasatan lanjut
dan sehingga kini identiti suspek dan nombor plat motosikal itu belum dapat
dikenal pasti. Chang Keong berkata pihaknya juga menjumpai beg plastik pecah
yang mengandungi cat di atas tanah di bahagian belakang bas berkenaan.
"Suspek dipercayai membaling cat dari luar
pagar iaitu seberang sungai dalam jarak 25-30 meter dari lokasi bas berkenaan
diparkir dalam kawasan FRU,siasatan lanjut akan dilaksanakan,"ujarnya
lagi.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment