Liga Malaysia 2016/17


9. 20 FEBRUARY 2017- Bola Sepak (Liga Malaysia Super League 2017) – “Rizal bernasib baik sekadar didenda”.



KEDAH: Isu perebutan pemain pertahanan, Rizal Ghazali antara Kedah dan Felda United akhirnya dinoktahkan dan pemain itu bernasib baik untuk tidak dikenakan hukuman penggantungan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan menandatangani kontrak bersama dua pasukan itu.


Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM yang membincangkan mengenai status Rizal pada Khamis sekadar mengenakan hukuman ‘ringan’ iaitu denda RM25,000 ke atasnya sambil mengesahkan pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia 2016 itu kekal milik pasukan Lang Merah biarpun dicabar The Fighters.

posted by luqman hakeem

Comments