7. 20 FEBRUARY 2017- Basikal “Pozzato sinari LTdL
2017”
Kuala Lumpur: Edisi ke-22 Le Tour de Langkawi (LTdL)
semakin menarik apabila pasukan Willier Triestina turut menyenaraikan bekas
pemenang peringkat Tour de France Filippo Pozzato.Ia disahkan Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) LTdL Emir Abdul Jalal dengan pasukan profesional benua dari
Itali berkenaan kini mencuri tumpuan selain kehadiran Jakub Mareczko.
“Pozzato antara bintang dunia berbasikal kerana
rekodnya. Dia pemenang peringkat di Tour de France, Giro d’Italia dan Vuelta a
Espana selain menjuarai Milan-Sanremo pada 2006. Ia mengimbau edisi terdahulu
dengan LTdL mengalu-alukan kehadiran pelumba seperti Gianni Bugno dari Mapei,
Jens Voigt atau Stuart O’Grady dari Credit Agricole.
“
Pakar pecut lain yang perlu diawasi ialah Andrea
Palini (Androni Giocattoli), Nicolas Marini (Nippo-Vini Fantini), Paolo Simion
(Bardiani CSF), Scott Sunderland (IsoWhey Sports Swisswellness), Park Sung Baek
(KSPO) serta dua bintang tempatan dari Terengganu Cycling Team (TSG) Anuar
Manan dan Mohd Harrif Saleh.
Saingan jersi kuning (individu terbaik keseluruhan)
terarah kepada ayam tambatan Dimension Data Jacques Janse van Rensburg selain
Egan Bernal (Androni Giocattoli), Daniel Jaramillo (Unitedhealthcare), Enrico
Barbin (Bardiani CSF) serta Cameron Bayly (IsoWhey Sports Swisswellness).Sebanyak
120 pelumba dari 20 pasukan akan beraksi di LTdL 2017 bermula Rabu nanti
sehingga 1 Mac membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 kilometer.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment