11. 22 FEBRUARY 2017-Bola Sepak- Piala Asia 2019- Keselamatan
Harimau Malaysia perlu diberi keutamaan – Khairy.
PUTRAJAYA. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
perlu mendapat jaminan keselamatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
untuk perlawanan Harimau Malaysia menentang Korea Utara dalam kelayakan ketiga
Piala Asia 2019 pada 28 Mac ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata,
faktor keselamatan perlu diberi keutamaan dan sebaik-baiknya perlawanan itu
diadakan di venue berkecuali.
“Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara
kini melalui satu fasa yang rumit, saya menasihatkan FAM untuk meminta jaminan
dan pandangan dari AFC,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kebimbangan mengenai keselamatan skuad bimbingan
Datuk Ong Kim Swee timbul ekoran kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim
Jong-un, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13
Februari lalu.Dalam pada itu, Khairy memberitahu, siri jelajah Tranformasi
Nasional 2050 (TN50) di setiap negeri akan bermula pada 24 Februari ini dengan
Sabah menjadi negeri pertama yang dikunjungi jelajah tersebut.
Katanya, jelajah yang mengumpulkan pandangan
anak-anak muda itu akan kemudian berada di Terengganu pada 27 Februari, Johor
(3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan negeri-negeri lain yang tarikh
akan ditentukan kelak.
“Sebanyak tujuh bidang fokus telah dikenal pasti
untuk perbincangan dalam Jelajah TN5O iaitu nilai murni, urus tadbir,
persekitaran, pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan Malaysia di pentas global,”
katanya.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment