10. 22 FEBRUARY 2017-Football - UEFA Champion
League 16/17- “Sterling bimbang pertahanan City goyah”.
MANCHESTER . - Pemain sayap Manchester City, Raheem
Sterling menyuarakan kebimbangan barisan pertahanan pasukannya biarpun berjaya
mengatasi AS Monaco, 5-3 dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara
Juara Eropah di Stadium Etihad, awal pagi tadi. Tambah pemain berusia 23 tahun
itu, City harus memperkemaskan benteng pertahanan mereka sekiranya mahu
melangkah lebih jauh dalam kejohanan elit tersebut.
Dalam aksi di Etihad itu, The Citizens terlebih
dahulu membuka tirai jaringanpada minit ke-26 menerusi ledakkan Sterling, namun
ketinggalan 1-2 dan 2-3 kepada pelawata sebelum bangkit menerusi jaringan lewat
dua gol Sergio Aguero serta masing-masing oleh John Stones dan Leroy Sane.
Ketiga-tiga gol pasukan pelawat muncul ekoran
kesilapan penjaga gol, Willy Caballero serta dua pemain pertahanan, Nicolas
Otamendi dan Stones.
Namun Sterling berkata, dia tetap teruja melihat
kemenangan pasukannya tetapi percaya kemenangan mereka lebih bergantung kepada
tuah.“Keadaan menjadi sukar apabila kami ketinggalan tetapi rakan sepasukan
bermain dengan sangat bagus.
“Kami bermain dengan corak kami dan terikat dengan
permainan kami dan ia membuahkan hasil. Akhirnya, kami perlu memperkuatkan lagi
bahagian pertahanan belakang.
“Adalah bagus untuk terbabit dalam perlawanan
seperti ini. Monaco memberikan kami perlawanan sukar dan sentiasa memaksa kami
bekerja keras. Kami meraih kemenangan dan itu adalah perkara yang penting, hari
ini.”
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment