1st writing – 6 perenggan – Title – Percutian ke Port Dickson bersama keluarga tersayang by Ariff Alias

Setibanya musim persekolahan, saya dan sekeluarga mencari waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama walaupun buat seketika. Semakin kita membesar dan mempunyai hal yang tersendiri untuk diuruskan jadi waktu itu agak terhad untuk bersama sama ahli keluarga dan meluangkan masa untuk ibu bapa. Waktu cuti sekolah seperti inilah, para ibu bapa banyak mengambil peluang untuk diluangkan bersama anak anak dan membawa mereka bercuti. Itulah yang terjadi kepada saya sekeluarga kerana waktu ini sahaja ibu bapa saya dan adik beradik saya dapat mengambil cuti dan meluangkan masa untuk mencoret kenangan bersama-sama sekeluarga. Walaupun perjalanannya agak singkat untuk sampai ke destinasi, kami dapat meluangkan lebih masa bersama berbanding menghabiskan masa di dalam perjalanan. Percutian kami hanyalah untuk 2 hari 1 malam akan tetapi kami telah gunakan masa dengan baik dan meluangkan setiap bibit bibit bersama untuk mengekalkan silaturrahim kami yang sekian lama terjalin dan menjadikannya makin rapat kerana bukan selalu kami dapat bersama sebegini. Pada hari pertama, sesudah sampai ke Port Dickson kami pergi ke medan selera untuk makan tengahari dan selepas selesai makan tengahari kami terus ke hotel dan mendapatkan bilik kami, waktu untuk berehat buat seketika setelah beberapa jam didalam perjalanan sebelum menyambung agenda seterusnya. Sesudah kami cukup berehat, pada petang hari kami turun ke pantai untuk meluangkan masa bersama dan membawa anak anak pergi mandi laut. Kakak saya turut memberi anak anaknya menaiki kuda. Apabila malam menjelma, kami makan malam di bilik hotel sahaja kerana hanya ingin bersantai di hotel. Pada hari kedua, kami tidak melakukan banyak aktiviti cuma makan, borak bersama dan pada petang hari kami pergi bermandi manda di laut dan kolam mandi. Setelah selesai segala agenda, maka berakhirlah percutian kami di Port Dickson dan kami beransur pulang. Jika kita terlalu fikirkan kerja, kebarangkalian untuk kita meluangkan masa bersama keluarga itu mungkin tidak akan terhasil. Jadi selagi ada peluang yang dapat diambil, luangkan masa bersama itu adalah sesuatu yang perlu diamati dan hargailah orang yang tersayang.

Comments