39. 5 MAC 2017- Bola Sepak- Bundesliga 17- Bayern
raih tonik sempurna sebelum aksi Eropah.
BERLIN: Bayern Munich melebarkan penguasaan di
puncak Bundesliga kepada tujuh mata hasil kemenangan 3-0 di Cologne awal pagi
tadi. Ia sekali gus menjadi aksi pemanas badan sempurna sebelum berkunjung ke
Arsenal bagi aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini. Pemain antarabangsa
Sepanyol, Javi Martinez dan Juan Bernat menghadiahkan Bayern kelebihan selesa
dua gol sebelum pemain gantian Franck Ribery meledak gol ketiga pada minit
ke-90. Keputusan itu membolehkan Bayern terus menjarakkan diri dengan pasukan
tangga kedua RB Leipzig, yang terikat 2-2 bersama Augsburg, semalam.
"Kami gembira, kerana ia adalah keputusan yang
penting buat kami," kata pengendali Bayern, Carlo Ancelotti. "Kami
mempunyai masalah pada permulaan aksi, kerana mereka sangat tersusun, tetapi
kami mula membuka perlawanan selepas mendahului 1-0 dan menampilkan aksi babak
kedua yang cemerlang." Bayern selepas ini akan bersiap ke Arsenal untuk
menghadapi pertembungan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara Juara dengan
membawa bekalan selasa 5-1 daripada aksi pertama.
Sementara
itu, Borussia Dortmund terpaksa melupakan Marco Reus untuk pertemuan Liga
Juara-Juara bertemu Benfica, awal pagi Khamis ini selepas pemain sayap Jerman
itu diusung keluar ketika menjinakkan Bayer Leverkusen 6-2, awal pagi tadi.
Pierre-Emerick Aubameyang menyumbat dua gol untuk koleksi jaringan peribadi
ke-21 pada musim ini, dua di depan pemain Bayern, Robert Lewandowski, namun
kemenangan itu dibayangi kecederaan hamstring Reus.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment