40. 5 MAC 2017- Bola Sepak- EPL 16/17- Liverpool
garang benam Arsenal di Anfield.
LIVERPOOL- Keputusan Arsene Wenger meletakkan Alexis
Sanchez di bangku simpanan memakan diri, dengan gol Roberto Firmino dan Sadio
Mane pada babak pertama menghadiahkan Liverpool laluan selesa menang 3-1 ke
atas Arsenal, awal pagi tadi. Wenger akhirnya membawa masuk pemain kebangsaan
Chile itu pada separuh masa kedua di Anfield dengan gerakannya membuka ruang
buat Danny Welbeck merapatkan jurang buat Arsenal.
Begitupun,
ketika pertarungan untuk berada di kedudukan empat teratas Liga Perdana
Inggeris (EPL) kian sengit, Arsenal sekali lagi dipalit kecewa selepas
Georginio Wijnaldum menambah gol ketiga Liverpool pada masa kecederaan.
Kekalahan menyaksikan Arsenal jatuh ke tangga kelima liga dan tercicir dua mata
daripada kedudukan empat teratas serta kekalahan ketiga daripada empat
perlawanan liga.
Berdepan
tugas sukar untuk mengatasi defisit kekalahan 5-1 kepada Bayern Munich pada
aksi
pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara, Wenger sedar segala
kritikan akan terarah kepadanya namun dia tidak mengharapkan simpati mengenai
keputusannya.
Liverpool
yang mendaki ke tangga ketiga liga mendahului pada minit kesembilan menerusi
pemain Brazil, Firminho yang bijak memanfaatkan gerakan cantik Philippe
Coutinho. Alex Oxlade-Chamberlain kemudian mencipta beberapa cubaan berbahaya
namun Liverpool jelas lebih tajam apabila menambah gol kedua lima minit sebelum
babak pertama berakhir menerusi Mane.
Berpunca daripada hantaran Wijnaldum dari kiri
padang, ia kemudian mudah diambil Firmino yang menghantar bola kepada Mane yang
tidak mensia-siakan peluang terhidang. Kehadiran Sanchez pada babak kedua jelas
memberi perubahan dengan Arsenal merapatkan jurang pada minit ke-56 apabila
hantarannya berjaya memperdaya Nathaniel Clyne dan Matip untuk mudah
disempurnakan Welbeck. Sekali Arsenal pun tampak beraksi lebih baik pada babak
kedua, Liverpool bertahan dengan baik sebelum menjaringkan gol ketiga pada masa
kecederaan.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment