FA CUP (English) 16/17

34. 3 MAC 2017- Bola Sepak- Piala FA 17- Guordiola puji aksi hebat Claudio Bravo.



MANCHESTER – Pep Guardiola memuji Claudio Bravo selepas penjaga gol Manchester City itu diberikan tepukan gemuruh oleh penyokong ketika mereka membelasah Huddersfield Town 5-1 dalam perlawanan Piala FA di tmpat sendiri.Claudio Bravo menghalang banyak percubaan tepat ketika Manchester City menang 5-1 ke atas Huddersfield Town semalam.

Pemain kebangsaan Chile itu yang sebelum ini digantikan oleh Willy Caballero dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris mengawal gawang City dengan cemerlang. Bravo yang dibolosi sembilan gol daripada 14 percubaan tepat musim ini berjaya menghalang banyak percubaan daripada pasukan lawan dalam perlawanan itu dan Guardiola sendiri me­ngakui aksi dipamerkan oleh bekas penjaga gol Barcelona itu wajar mendapat pujian.

“Tanya kepada penyokong. Persembahan yang dipamerkan oleh Claudio amat menakjubkan.
“Dia membantu kami untuk membaca perlawanan dan memberikan kami kesinambungan untuk terus bermain.“Saya berada di sini bukan untuk mengadili penyokong. Dia memang cukup kuat dan dia juga salah seorang yang terbaik malah pada tahun ini dia dicalonkan sebagai salah seorang daripada lima penjaga gol terbaik dunia.

 “Saya cuma mahu mengucapkan tahniah kepadanya dan caranya bermain ketika menentang Huddersfield amat menakjubkan dan saya pasti prestasinya akan terus kekal,” kata Guardiola.


Bagaimanapun, dalam perlawanan itu City hanya mempamerkan kekuatan sebenar mereka selepas Harry Bunn meletakkan pasukan pe­lawat di depan seawal minit ketujuh. Pasukan tuan rumah kemudian membalas dengan menja­ringkan lima gol berturut-turut menerusi Leroy Sane pada minit ke-30, Sergio Aguero (minit ke-35 dan 73), Pablo Zabaleta (minit ke-38) serta Kelechi Iheanacho pada masa kecederaan,

posted by luqman hakeem 

Comments