24. 27 FEBRUARY 2017- FAM- FAS Sokong TMJ Terajui
FAM – Subahan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
tetap menyokong Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk itu, 23
Mac ini. Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal berkata, Tunku
Ismail adalah calon terbaik yang mempunyai idea kreatif serta berkebolehan."FAS
memberi sokongan 100 peratus untuk TMJ. Tunku Ismail adalah individu yang tepat
kerana masih muda serta berani dalam memperjuangkan bola sepak yang terbukti
dengan kecemerlangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya.
Beliau yang juga Presiden Konfederasi Hoki Malaysia
(KHM) ditemui pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan bersama setiausaha persatuan
hoki negeri di Wisma OCM di sini.Subahan berkata, sokongannya yang memihak
kepada Tunku Ismail bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya beliau yakin
pemilik JDT itu mampu mengubah landskap bola sepak negara.
Namun pada masa sama, beliau tidak memperkecilkan
kelebihan seorang lagi calon kerusi panas FAM itu, Tan Sri Annuar Musa."Masing-masing
ada kehebatan tersendiri, kita tidak boleh perkecilkan kehebatan mereka."Tan
Sri (Annuar) telah menaikkan bola sepak Kelantan manakala TMJ dalam sekelip mata
telah mengubah landskap bola sepak Johor," katanya.
Sementara itu, Subahan yang tercalon untuk posisi
Timbalan Presiden FAM turut berjanji tidak akan menerima sebarang elaun,
sebaliknya akan berusaha mencari dana untuk sukan bola sepak negara sekiranya
terpilih.Menurutnya, mereka yang terpilih nanti perlu berani bersuara untuk
kepentingan serta kebajikan persatuan bola sepak negeri.
"Saya tidak akan jadi 'yes man' dan akan
pastikan kebajikan persatuan negeri diperjuangkan...semua pihak perlu tahu
tanpa anggota gabungan, tiadalah FAM.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment