2nd writting: I-City bersama keluarga by Muhammad Aqmal

Pada sabtu petang, kami sekeluarga pergi ke I-City, Seksyen 7 Shah Alam. Di sana terdapat pelbagai tempat-tempat yang sesuai untuk berhibur samada bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Kami masuk ke City Of Digital Light, bayarannya adalah RM15 seorang dan sekali masuk sahaja. Bayaran ini temasuk dengan 6 permainan yang boleh dimain tanpa had.
Gambar sekeluarga


                Pelbagai permainan kami main disini seperti Superswing, Two-Tier Carousel, Pirateship dan banyak lagi. Disini sememangnya tempat untuk berseronok bersama keluarga. I-city ini terkenal dengan lampu LED yang menerangi seluruh tempat ini, dan ini juga berbuat pengunjung lebih suka datang diwaktu malam. Setibanya kami di I-City, tidak begitu banyak pengunjung tetapi sewaktu malam sememangnya ramai terutama semasa cuti sekolah sebegini.

Kami didalam Two-Tier Carousel




Superswing

Pirateship

Setelah kami habis bermain permainan yang , kami teruskan dengan bermain Dart yang berada di tepi kaunter ticket. Malangnya, Bumper Car dan Giant Ferris Wheel sangat penuh, terlalu ramai pengunjung yang ingin menaikinya. Kami tidak mahu beratur kerana barisannya teramat panjang dan akan membazirkan masa kami.
Permainan Dart
I-City sebenarnya terkenal tempat yg dipanggal Snowalk. Ianya dipanggil Snowalk kerana suhu di dalamnya adalah -5 Tempat ini jadi tarikkan disebabkan cuaca Malaysia yang agak panas membuat pengunjung ingin merasai duduk ditempat yang sejuk, terumatanya kepada yang tidak pernah ke luar negara. Malang sekali, kami tidak berkesempatan untuk mengunjunginya. Ini kerana kekangan masa yang tidak mecukupi.
                Setelah kami sudah puas bermain pelbagai permainan disini. Kami sekeluarga mengambil peluang ini untuk bergambar bersama-sama, mengambil gambar sendiri (selfie) dan sebagainya. Tempat ini adalah tempat yang agak menarik untuk bergambar dengan hiasan lampu LED yang menghiasi satu I-City dan juga hiasan binatang-binatang yang menarik.


Bergambar dengan adik-adik
Ibu dan ayah yang tercinta


Apabila kami sekeluarga sudah penat dan sangat lapar. Kami pergi ke kedai makan di sekitar I-City. Setelah perut sudah kenyang, kami terus pulang ke rumah. Tidak sampai 10 minit pun, kami sudah sampai di rumah. Saya berasa gembira kerana walaupun ibu bapa sibuk dengan kerja, tetapi mereka sekali sekala ingin juga meluangkan masa bersama anak-anak.


Posted by Muhammad Aqmal






Comments