20. 27 FEBRUARY 2017- Bola Sepak- Liga Sepanyol
16/17- Real bangkit ketepikan Villareal.
MADRID- Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo
menyelamatkan Real Madrid yang bangkit selepas ketinggalan 2-0 sebelum menang
3-2 ke atas Villarreal untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak La Liga awal
pagi tadi.
Kedudukan itu berjaya memastikan Real terus menjarakkan
diri daripada pencabar terdekat Barcelona yang sebelum itu mencatatkan
kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid. Real kini mendahului dengan kelebihan
satu mata tetapi memiliki satu perlawanan di tangan berbanding pesaing mereka.
Bale pertama kali disenaraikan dalam kesebelasan
utama selepas tiga bulan berehat akibat kecederaan dan pasukan juara Eropah itu
dilihat bakal tewas kali kedua berturut-turut apabila Villarreal selesa
mendahului 2-0 pada awal babak kedua perlawanan.
Pada minggu lalu, Real tunduk kepada Valencia 2-1.
Manu Trigueros melakukan sepakan voli yang menewaskan Samu Castillejo pada
minit ke-50 untuk gol pertama Villarreal sebelum Cedric Bakambu meledak gol
kedua enam minit selepas itu. Ronaldo hampir merapatkan jurang selepas itu tetapi
sepakan voli bintang Madrid ini terkena palang gol. Bagaimanapun, Bale
memberikan kelegaan apabila melompat tinggi untuk menyambut hantaran silang
Dani Carvajal untuk gol pembukaan selepas perlawanan berlangsung selama 25
minit di babak kedua.
Gol pertama
Real itu menyaksikan Villarreal yang lebih menguasai permainan sepanjang sejam
pertama perlawanan terpaksa bertahan menahan asakan bertali arus Real sepanjang
detik 30 mini terakhir perlawanan. Pada minit ke-74, Ronaldo meledak gol
penyamaan menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Soriano yang
cuba menyelamatkan keadaan kelam kabut di depan gawang tuan rumah.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment