30. 3 MAC 2017- Bola Sepak- Liga Sepanyol 16/17- Athletico
sahkan Torres bebas daripada kecedaraan kepala.
SEPANYOL- Pemeriksaan imbasan CT ke atas Fernando
Torres mendapati pemain itu bebas daripada sebarang kecederaan serius selepas
mengalami pelanggaran kepala ketika berdepan Deportivo La Coruna dalam aksi
LaLiga, awal pagi tadi.Atletico mengesahkan pemeriksaan awal mendapati pemain
itu tidak mengalami kecederaan serius.
"Berita baik -- Torres telah melalui
pemeriksaan tengkorak dan serviks," kelab itu mengumumkan di Twitter. "Tiada
sebarang kecederaan traumatik. Torres sudah sedarkan diri dan akan menghabiskan
satu malam di hospital mengikut protokol perubatan."
Torres, yang dibawa masuk dalam babak kedua, tidak
sedarkan diri selepas berlanggar kepala dengan Alex Bergantinos di hujung
perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.
Insiden tersebut memakan masa hampir lima minit
tempoh perlawanan Torres meninggalkan padang di atas pengusung, dengan beberapa
pemain hampir berlinangan air mata tatkala melihat pemain itu terlantar di atas
padang. Selepas menjalani pemeriksaan, Atletico mengesahakan
pemain itu sudah sedar dan dalam keadaan stabil.Bekas penyerang Liverpool dan
Chelsea itu bakal menjalani pemeriksaan lanjutan hari ini.
Sementara itu, pengendali Atletico, Diego Simeone,
mendedahkan dia dan pemain lain yang berada di bangku simpanan terdengar bunyi
keretakan tulang ketika perlanggaran tersebut berlaku dan gusar Torrens
mengalami kecederaan leher yang lebih serius.
"Hantukan itu terlalu kuat. Saya dapat
mendengar bunyi keretakan yang kuat. Saya tidak tahu sama ada bunyi itu datang
daripada lehernya," ujarnya.
Bagaimanapun, Simeone lega apabila ujian mendapati
Torres bebas daripada kecederaan serius."Dia sudah sedar, kami sangat
bimbang,
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment