27. 3 MAC 2017- Bola Sepak- Liga Malaysia
16/17- KFA nafi jual tiket lebih kapasiti stadium.
KEDAH- Penyokong Kedah dinasihatkan untuk datang
awal dan memenuhi setiap tempat duduk ruang paling bawah Stadium Darul Aman
pada perlawanan Liga Super 2017 Kedah menentang Melaka United malam esok bagi
memastikan semua penyokong yang hadir dapat menyaksikan perlawanan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu
Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrol Niza Omar berkata, kejadian
kira-kira 100 penyokong yang gagal menonton perlawanan Liga Super Kedah
menentang Pulau Pinang pada Sabtu lalu dikesali oleh pihaknya. Menurutnya, hasil pemantauan mendapati 10 peratus
atau kira-kira 2,500 penyokong membawa sekurang-kurangnya seorang atau lebih
anak kecil yang berumur bawah 7 tahun sekaligus kerusi yang diperuntukkan untuk
pembeli tiket telah diisi oleh kanak-kanak tersebut.
"Selain itu,antara faktor kesesakan lain adalah
penyokong yang hadir lewat walaupun pintu telah dibuka seawal jam 6 petang
berkumpul di hadapan laluan masuk untuk mendapatkan pandangan yang menarik bagi
menyaksikan perlawanan.Menurutnya, zon tersebut
tidak dapat diisi oleh penyokong Kedah atas faktor keselamatan kerana
terdapat insiden kecil berlaku di antara penyokong sebelum perlawanan bermula
dan atas nasihat pihak berkuasa zon tersebut dikekalkan untuk mengelak kejadian
tidak diingini berlaku.
"KFA menafikan bahawa tiket dijual melebihi
kapasiti stadium kerana semua tiket dibekalkan oleh Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM)," katanya.Jelasnya, kehadiran penyokong terus meningkat
dari perlawanan pertama hingga Sabtu lalu dan Jawatankuasa Teknikal Tiket dan
Pintu Masuk KFA menasihatkan agar penyokong yang ke stadium sentiasa mengikut
arahan urusetia dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesakan di laluan masuk
stadium tidak berlaku lagi.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment