36. 4 MAC 2017- Bola Sepak- Liga Malaysia 16/17- JDT
ranaplan impian Pahang di Larkin.
JOHOR- Juara hatrik Liga Super, Johor Darul Ta'zim
menguburkan hasrat Pahang untuk mengekalkan rekod kemenangan setelah
menundukkan pasukan tersebut 3-2 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos,
Larkin, sebentar tadi. Dalam perlawanan tersebut Tok Gajah terlebih dahulu
membuka tirai jaringan apabila rembatan kemas penyerang import, Matheus Alves
Leandro pada minit ke-14 hasil lorongan Muhd Nor Azam Abdul Azih gagal
diselematkan penjaga gol.
Tersentak dengan gol berkenaan, JDT kemudiannya cuba
melancarkan serangan balas menerusi Hazwan Bakri yang membuat percubaan terus
dari luar kotak penalti satu namun berjaya dibaca penjaga gol. Gol pertama
Harimau Selatan hadir apabila tuan rumah dihadiahkan penalti pada minit ke-28
setelah sepakan percuma yang diambil Safiq Rahim terkena tangan pertahanan
lawan, Mohd Afif Amiruddin.
Bagaimanapun, sepakan penalti yang diambil kapten
Harimau Selatan pada minit ke-29 itu berjaya ditampan Wan Azraie Wan Teh
sebelum Hazwan Bakri bijak menampan masuk gol penyamaan buat tuan rumah.
Tumpuan sekali lagi diberikan kepada Hazwan Bakri
apabila bekas pemain Red Giants tersebut
merembat masuk gol kedua JDT hasil hantaran Safiq Rahim pada minit
ke-36.
Bermula babak kedua, tuan rumah dilihat kembali
menguasai perlawanan apabila melancarkan beberapa gerakan pantas ke gawang
lawan.
Tidak menunggu lama, Safiq Rahim akhirnya menebus
kekecewaan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak yang pertama apabila
meledak gol ketiga pasukan selepas menyempurnkan hantaran lintang S Kunanlan
pada minit ke-55. Bagaimanapun, semangat skuad Tok Gajah kembali
melonjak apabila sepakan percuma yang diambil Matheus Alves pada minit ke-67
gagal diselamatkan Izham Tarmizi sekali gus menjadikan keputusan kembali dengan
perbezaan satu jaringan.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment