Saya suka mencuba sesuatu makanan atau kedai yang
baru. Pada 18 Mac yang lepas, saya berjalan-jalan di Subang Parade, dan terlihat
sebuah kedai yang sangat menarik bagi saya iaitu NY Steak Shack dengan kedai yang bertemakan “American Diner” yang berwarna hitam dan merah seperti di dalam
gambar: -
NY
Steak Shack di Subang Parade |
Saya dan rakan-rakan saya terus masuk ke dalam kedai
tersebut dan melihat menu makanan. Harganya agak mahal berbanding dengan kedai
western tempatan dan terdapat pelbagai menu western yang kedai ini tawarkan.
Saya memilih Grilled Lamb Shoulder bersama dua hidang lain iaitu, Mashed Potato
dan Coleslaw, dan air adalah chocolate milkshake.
Grilled lamb shoulder |
Resit makanan |
Ketebalan
dan kualiti daging sangat memuaskan. Dagingnya juga sedap seperti makan di
hotel. Saya sangat mengesyorkan kepada penggemar daging boleh datang ke sini.
5, Jalan SS 16/1, Ss
16, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Buka setiap hari dari
10AM–10PM
Posted by Muhammad Aqmal
Comments
Post a Comment