26. 3 MAC 2017- Badminton- Chong Wei sedia beri
kerjasama.
Kuala Lumpur- Projek Khas kendalian Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) mendapat komitmen serta sokongan penuh jaguh
perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta dua jurulatihnya.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri
Mohamad Norza Zakaria berkata, projek tersebut bukan sahaja dapat membantu pemain
nombor satu dunia itu memburu kejuaraan dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini
tetapi dapat mencurahkan ilmu kepada lima rakan sepelatih iaitu pelapis
perseorangan negara.
"Chong Wei tahu sejak dulu
lagi, pendekatan BAM adalah serampang dua mata. BAM sentiasa menyokong serta
membantunya termasuk menyediakan segala keperluannya untuk persediaan Kejohanan
Dunia nanti.
"Namun Chong Wei mesti
memberikan komitmen membantu lima pemain rakan sepelatih menjadi lebih
kompetitif dan dapat menghasilkan standard tinggi dalam kalangan pemain pelapis
itu.
"Saya rasa Chong Wei faham
tentang tanggungjawabnnya begitu juga dengan jurulatih Hendrawan dan Tey Seu
Bock," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Selain Chong Wei, lima
lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain
Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.
Projek Khas itu akan dilaksanakan sehingga tamat Kejohanan Dunia tanpa melibatkan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hanse. Mohamad Norza berkata lima rakan sepelatih itu perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan prestasi masing-masing supaya jurang prestasi mereka dengan Chong Wei tidak ketinggalan jauh.
posted by luqman hakeem
Comments
Post a Comment